‘Selangor Retrechment Helpline’ Beri Peluang Penganggur Cari Kerja : Khalid

Monday, 09 November 2009 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 9 November – Kerajaan negeri Selangor mengambil langkah proaktif menangani krisis ekonomi yang memberikan kesan kepada pekerja yang diberhentikan dengan mewujudkan program Selangor Retrenchment Helpline.

Program kerjasama dengan Jobstreet.com ini secara langsung dapat membela nasib mereka yang tiada kerja atau dibuang kerja.
 
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, rakyat yang ingin mencari pekerjaan boleh melayari laman web jaringan syraikat yang sedia ada dan mengisi borang di kaunter Pihak Berkuasa Tempatan.

“Program-program yang dimulakan pada awal 2009 masih pun berterusan seperti Selangor Retrenchment Helpline yang bole dicari atas laman web Selangor. Kerjasama ini adalah dengan Jobstreet.com yang menolong mereka yang ingin mencari pekerjaan malalui network syarikat yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian membalas hujah ADUN Kota Damansara, Dr. Mohd Nasir Hashim.

Selain itu, Selangor bersama Pertubuhan Bisnes India Malaysia (MIBA) juga telah mengadakan seminar percuma dengan objektif memberi nasihat kewangan dan latihan kepada para usahawan.

Menjawab soalan berkenaan tabung kecemasan yang dicadangkan, Khalid berkata Kerajaan Negeri lebih cenderung memberi bantuan berbentuk perkhidmatan.

“Bantuan daripada Kerajaan Negeri  lebih berbentuk perkidmatan dengan menawarkan Selangor Retrenchment Helpline (SRH) dengan kerjasama Pusat Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (ICT) Negeri Selangor dengan Syarikat Jobstreet.com Sdn. Bhd. (Jobstreet).

“Melalui sistem ini, pekerja yang diberhentikan boleh mendaftar percuma secara terus dengan pihak Jobstreet bagi mencari pekerjaan baru melalui laman web www.selangor.gov.my sejak daripada Mac 2009 sehingga kini,” katanya.

Tambahnya lagi, bantuan yang disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) merangkumi bantuan kewangan bulanan, bantuan kewangan rawatan kesihatan, bantuan sewa rumah dan bantuan pendidikan tertakluk kepada syarat-syarat yang tertentu.

Susulan itu, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan yang dipengerusikan oleh ADUN Selat Kelang, Dr. Halimah Ali dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Selangor menganjurkan ‘Program Jom Kerja’ di seluruh daerah di Negeri Selangor bermula di Sekinchan pada 7-8 Novermber 2009.-HADRI ABU YAZIZ