Anggota Parlimen Sabak Bernam Dari BN Dituduh Palsukan Tuntutan RM80,000
Tuesday, 03 November 2009 | Ruangan: BeritaSHAH ALAM 3 NOV. -Anggota Parlimen Sabak Bernam Abdul Rahman Bakri dari Barisan Nasional hari iniĀ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap lapan tuduhan memalsukan tuntutan berjumlah RM80,000 semasa beliau menjadi anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar.
Beliau dituduh melakukan kesalahan itu antara Januari dan Februari tahun lepas.
Tuntutan-tuntutan itu, antaranya, membabitkan pemberian hadiah dan cenderahati untuk pelajar cemerlang, program Mesra Rakyat dan program Maulud Nabi.

