Jualan Hartanah PKNS hingga 25 November

Tuesday, 03 November 2009 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM 2 Nov – -

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS) mengadakan promosi Jualan Hartanah bermula semalam hingga 25 November depan di Kompleks PKNS Shah Alam.

Pengurus Besar PKNS,Othman Omar berkata promosi kali ini  menawarkan 1,073 unit rumah kediaman yang bernilai RM285 juta ringgit.

Menurutnya,jualan hartanah kali ini turut membuka peluang  kepada orang ramai  untuk memiliki rumah  impian pada harga berpatutan kerana harga rumah yang ditawarkan PKNS lebih rendah  sekitar 7 hingga 10 peratus berbanding kediaman yang dimajukan pemaju lain.

“1,O73 unit we offered all over Selangor State,Gombak, Shah Alam, Antara Gapi, Kota Puteri  dan Bernam Jaya,”katanya.

Othman berkata demikian  kepada pemberita semasa sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulan Jabatan Kerajaan dan Pelancaran Jualan Hartanah PKNS di Dewan Jubli Perak, SUK Shah Alam pagi tadi.

Katanya para pembeli juga akan menikmati peluang untuk memiliki rumah kediaman mereka  dalam tempoh terdekat memandangkan  hampir kesemua projek -projek terlibat hampir siap dibina.