Rumah Terbuka Dun Ijok Meriah
Saturday, 03 October 2009 | Ruangan: BeritaBESTARI JAYA, 3 Oktober – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Ijok di Bestari Jaya, petang tadi berlangsung meriah dengan kehadiran hampir 4,000 tetamu dari pelbagai kaum.
Para tetamu dijamu dengan pelbagai hidangan sambil dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan lagu-lagu raya di majlis yang diadakan di perkarangan Pejabat Kerja Dato’ Menteri Besar Selangor di Taman Ijok Utama.
Majlis yang bermula jam 4.00 petang hingga 7.00 petang itu turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Adun Kawasan Ijok.
Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ucapannya mengalu- alukan kedatangan masyarakat pelbagai kaum bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
“Kita bersyukur dapat meraikan hari raya bersama rakyat.Ini antara usaha mesra rakyat yang kita galakkan dari kerajaan negeri,”katanya.
Dalam majlis yang sama, Tan Sri Khalid turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 56 orang anak yatim dari Rumah Kasih Sayang, Bandar Tasik Puteri Rawang.
Sumbangan hamper dan saguhati turut diberikan kepada waris pejuang Parti Keadilan Rakyat yang telah meninggal dunia.

