Media dan NGO Dirai

Wednesday, 16 September 2009 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 16 Sept – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam meraikan warga media dan kakitangan badan bukan kerajaan (NGO) dalam majlis berbuka puasa di kediaman rasminya, di Seksyen 7, Shah Alam.

Kedua-dua badan ini dianggap telah memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu kerajaan pakatan rakyat memajukan lagi negeri Selangor.
 
Turut hadir meraikan kumpulan ini ialah Exco Selangor, iaitu Rodziah Ismail, Ronnie Liu dan Dr Xavier Jayakumar.

Pada majlis ini, Tan Sri Khalid turut melancarkan Program Jejak Amal Negeri Selangor, anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS).

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), juga menyampaikan cek bernilai RM456,750 kepada Setiausaha Agung FAS, Hamidin Mohd Amin sebagai habuan di atas kejayaan pasukan selangor memenangi Liga Super 2009.

Selain berbuka puasa bersama warga media, Tan Sri Khalid dan isterinya, Puan Sri Salbiah Tunut turut mengambil peluang beramah mesra dengan tetamu yang hadir serta mengerjakan solat maghrib, isyak dan solat sunat terawih berjemaah.