MB Jumpa Badrul Hisham Selepas Raya
Rabu, 16 September 2009 | Ruangan: BeritaSHAH ALAM, 16, September-Pertemuan dengan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah ditangguhkan sehingga selepas raya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh beliau.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata perjumpaan secara formal itu akan merungkai permasalahan yang dihadapi Badrul dan penjelasan yang ingin dibuat olehnya.
“Kita akan bagi masa selepas hari raya, kita akan mula mengadakan perjumpaan dengan secara formal, tapi sebelum hari raya ni kalau ada perjumpaan pun cuma perjumpaan silaturahim sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas masyuarat exco di Pejabat Menteri Besar, Shah Alam, Petang tadi.
Tan Sri Khalid berkata, dalam surat tunjuk sebab yag diserahkan, beliau meminta untuk menyelesaikan beberapa masalah dan penerangan tentang tugasnya sebagai ADUN .
“Dia dah bagi jawapan antara jawapannya ialah masalah yang beliau ingin selesaikan dan beberapa penerangan yang beliau rasa beliau perlu dapat penjelasan tentang terdapat tgas beliau yg tidak dapat dijalankan,” katanya.
Khalid turut menafikan bahawa Adun Klang tersebut akan meletakan jawatannya dalam surat tunjuk sebab yang telah diserahkan.
Kelmarin, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah di dakwa oleh pihak-pihak tertentu telah keluar daripada Pakatan Rakyat baru-baru ini.
Namun ia telah dinafikan oleh beliau yang mengatakan bahawa berita tersebut hanya khabar angin yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu bagi menimbulkan kekeliruan dalam Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.KEMALIA OTHMAN TVSELANGOR






