Kematian Enam Lelaki Bukan Sebab Gas Ammonia:Ean

Tuesday, 18 August 2009 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 18 Ogos – Siasatan awal mendapati enam lelaki yang mati di Kampung Bagan Pasir, Tanjung Karang, 11 Ogos lalu, disebabkan terdedah kepada gas hidrogen sulfida atau gas toksid lain, bukan gas ammonia seperti yang dilaporkan terdahulu.

Laporan ujian awal itu diperolehi daripada Kumpulan Penyiasat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(DOSH), Bahagian Major Hazard , Bahagian Higen dan Ergonomik  dan Bahagian Kejuruteraan Forensik.

“Ujian awal mendapati semua kolam yang menyimpan sisa-sisa ikan mengandungi isipadu gas hidrogen sulfida yang tinggi. Kemungkinan besar bahawa pengusaha telah tutup sistem penyejukkan  selama beberapa dan menyebabkan  gas hydrogen  sulfida dihasilkan  SOT out…dan berkumpul dalam  kolam yang tertutup,” katanya.

Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata demikian dalam sidang media hari ini bagi mendedahkan punca sebenar kematian enam lelaki, termasuk dua warga asing di loji simpanan ikan terbuang  dan penyimpanan ikan segar di Tanjung Karang, baru-baru ini.

“Siasatan awal menunjukkan  kemungkinan kemalangan  ini disebabkan  mangsa  terdedah kepada gas beracun  seperti hidrogen  sulfida atau toksid  lain yang terhasil  daripada sisa ikan yang disimpan dalam kolam ,” katanya.

Katanya, hidrogen sulfida  adalah gas yang tidak berwarna, beracun, mudah terbakar  dan berbau seperti telur busuk. Gas ini boleh timbul  dari aktiviti  biologi  ketika bakteria menguraikan bahan organik dalam keadaan tanpa oksigen  seperti di paya dan saluran pembentungan.

Jelas Ean, hasil siasatan juga turut mendapati gas yang digunakan untuk sistem penyejuk ialah Chloro-diflouro-methane (R22).

“Untuk maklumat semua, gas yang digunakan  didalam sistem penyejukkan  ialah RR2 dan bukannya gas ammonia.Gas R22
tidak termasuk dalam kategori gas toksid”,katanya.

Tambah Ean lagi, siasatan akhir berhubung kemalangan itu dijangka diketahui seminggu lagi.

“Dalam masa seminggu dan kita akan perjumpaan dengan wakil pengusaha-pengusaha, pekilang-pekilang,persatuan-persatuan di kawasan Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Kita juga akan keluar satu leaf lead tentang keselamatan  untuk memberi maklumat selanjutnya kepada pengusaha-pengusaha terlibat”,katanya.

Dalam kejadian itu, enam orang maut dan empat lagi dimasukkan ke Hospital Tanjung Karang.

Mangsa yang terbunuh ialah Lim Kin Chew,35 , Sekandar Ali, 36, Mu Man Mia, 20, Lim Kin Soon, 58,  Sia Liang Huat, 33, dan Gan Ayang, 30 tahun.