Persatuan Usahawan Anggerik Mall Persoal Tindakan Inno Elegan

Tuesday, 04 August 2009 | Ruangan: Berita

Kenapa kami harus pindah keluar!

Itulah antara rungutan peniaga-peniaga di Anggerik Mall, Shah Alam yang diarah keluar oleh pihak pengurusan baru premis perniagaan itu, hari ini.

Menurut mereka, premis yang disewa daripada pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA)  sejak 2007lalu, kurang mendapat sambutan kerana tiada promosi dan tanda arah yang kurang jelas.

Pengerusi Persatuan Usahawan Anggerik Mall(PUAM), Abdul Rahman Ismail berkata, pengurusanbaru seharusnya melakukan sesuatu untuk menarik pengunjung ke premis berkenaan dan bukan menghalau mereka keluar.

“Sebagai pengurusan bangunan baru, kita mengharapkan  pihak Inno Elegan dapat mentadbir dan menyemarak lagi  dengan memberi peningkatan  hasil kepada penyewa-penyewa  yangberniaga di Anggerik Mall”,katanya.

Abdul Rahman berkata, kira-kira 120 peniaga di bangunan itu sudah bertahan lebih dua tahun untuk terus berniaga di ruang yang disewa, walaupun sambutannya sangat kurang.

“Kita dalam lebih kurang 120 peniaga  dan penyewa, kalau kita tengok dari hasil lama nak dapat RM30, RM40 ringgit satu hari pun susah. Kawan saya  Sabariah  terpaksa keluar  nak cari  hasil nak bayar sewa disebabkan orang  tidak datang atau singgah tempat dia tu. Ini yang menjadi kesedihan kepada pihak penyewa kita”,katanya.

Anggerik Mall yang dibuka pada April 2007 turut menempatkan ibu pejabat MARA Selangor.Ruang niaga di tingkat bawah dan tingkat satu disewakan kepada peniaga bumiputera sekitar Shah Alam.

Bagaimanapun, disebabkan kurang sambutan dari orang ramai menyebabkan kebanyakan peniaga yang menyewa disitu sentiasa mengalami kerugian.

Justeru Abdul Rahman yang mewakili persatuan peniaga disini berharap pihak pengurusan baruiaitu Inno Elegan dapat memberi penjelasan serta menyakinkan mereka sebelum menandatangani sebarang kontrak baru, selepas kontrak lama, tamat 31 Julai lalu.

“Kita nak yang terbaik, tak nak jadi macam yang lepas-lepas. Semasa Services dah buat takmenjadi,inikan pulak Inno.Kita harap menjadi tapi nak tengok dia punya  cara. Apa salahnyakalau kita minta penerangan daripada pihak pengurusan apakah cadangan serta perancangan baru. Salahkah kita nak minta tu?”

Tinjauan TV Selangor ke pusat Anggerik Mall mendapati  pengurusan baru Inno Elegan gagalmemberi penjelasan yang meyakinkan penyewa-penyewa untuk menandatangani kontrak baru.

Timbalan Pengerusi PUAM, Asiah Ahmad berkata pihaknya turut diminta menjelaskan beberapa tuntutan lain, termasuk bayaran deposit utiliti  elektrik kepada Tenaga Nasional Berhadyang sudah dijelaskan sebelum ini ketika mula berniaga di bangunan tersebut.

“Apabila  pengurusan baru masuk mereka minta lagi kita bayar, ada kemusykilan sikit la,kita minta penjelasan Inno dan sehingga kini mereka belum bersedia  untuk beri apa-apa penjelasan dan jawapan kepada kami terutama dari segi perancangan masa depan untukmemakmurkan Anggerik Mall dan sebagainya”,katanya.

Difahamkan PUAM telah memaklumkan masalah ini kepada Perdana Menteri, melalui SetiausahaPolitiknya untuk mencari jalan penyelesaian.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif  Inno Elegan, Ridzuan Kamal yang ditemui berkata, pihaknya tidak menamatkan kontrak peniaga terbabit, sebaliknya kontrak mereka disambung sehingga hujung tahun ini.

“That mean mengatakan kita menghalau  dia orang tak adalah.Sampai hari ini office yang tak buka kita tak kunci.Tak ada, benda tu tak berlaku”

“Katakan ada yang mengatakan kita suruh mereka keluar,rasional yang kita nak suruh mereka keluar kepada mereka yang tidak berminat berniaga disini”,katanya.

Ridzuan mendakwa kebanyakan peniaga di situ gagal mematuhi waktu perniagaan yang ditetapkan dan ada di antara mereka menutup operasi sehingga berbulan-bulan.