Menanti Perang Berakhir
Saturday, 25 July 2009 | Ruangan: BeritaPementasan teater Menanti Perang Berakhir anjuran Majlis Teater Negeri Selangor (MTNS) dengan kerjasama Muzium Sultan Alam Shah(MSAS) dan Majlis Kebudayaan Negeri Selangor akan dipentaskan di Auditorium Daeng Chelak,MSAS bermula hari ini hingga 27 Julai.
Pesembahan teater ini menampilkan barisan pelakon seperti Emma Akma sebagai Sarah,Zuraini Kassim sebagai Akmal, Rosli Rahman Adam sebagai Jani,Milyana Arshad sebagai Lydia,Hairi Rosli sebagai Tahir,Mior Sharul sebagai Yusof dan penampilan istimewa Yunus Mansor,Nazri Ahmad,M Ashib Daud dan Halim Zainal.
Naskah Menanti Perang Berakhir adalah adaptasi Kamarul AR karya Muhaimin Sulam pemenang hadiah pertama Peraduan Menulis Skrip Drama TV anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Teater ini mengisahkan Akmal,seorang diplomat di Kedutaan Malaysia di Sarajevo,Bosnia Herzegovina sedang membuat kajian mengenai Awang Leh.Awang Leh ialah pengikut Tok Janggut.Beliau ke Turki untuk menyampaikan surat Tok Janggut kepada pemerintah islam pada masa itu untuk mendapatkan bantuan bagi menentang penjajah Inggeris.
Awang Leh kemudian menjadi komander Divisen Hanzar di bawah panji kerajaan Uthmaniah menentang pihak bersekutu di Balkan dalam Perang Dunia Ke-2.Beliau dipercayai disemadikan di Sarajevo.
Dalam pengajianya,Akmal bertemu dengan Sarah dan Lydia.Selain menyentuh tentang cinta yang berputih dan cinta yang tidak berbalas,kisah ini juga memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan mengutuk kekejaman Israel.
Dunia sentiasa suka berperang?Siapakan yang menanti perang berakhir?Berakhirkah perang?Jawapannya,ada pada kita dan datanglah beramai-ramai ke menyaksikan persembahan teater Menanti Perang Berakhir ini di Muzium Sultan Alam Shah,Shah Alam.
Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM10 dan persembahan teater bermula jam 8.30 malam.

