Kejohanan Teakwando Antarabangsa Bakal Pastikan Atlet Bebas H1N1

Tuesday, 07 July 2009 | Ruangan: Berita
Datuk Bandaraya Shah Alam, Mazalan Md Noor (kiri) pada sidang media Kejohanan Taekwondo Antarabangsa anjuran Persatuan Taekwando Daerah Petaling dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam dan Hotel Carlton Holiday Hotel & Suites di Stadium Malawati, Shah Alam.

Datuk Bandaraya Shah Alam, Mazalan Md Noor (kiri) pada sidang media Kejohanan Taekwondo Antarabangsa anjuran Persatuan Taekwando Daerah Petaling dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam dan Hotel Carlton Holiday Hotel & Suites di Stadium Malawati, Shah Alam.

SHAH ALAM, 7 Julai – Kejohanan Teakwando Antarabangsa Petaling Selangor kali ke lima bakal berlangsung pada 11 dan 12 Julai dengan kawalan yang begitu ketat berikutan penyebaran wabak Influenza H1N1.

Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md. Noor, Majlis Bandaraya Shah Alam mungkin kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Daerah Petaling dalam mengawal dan membuat pemantauan yang agak ketat bagi memastikan atlet yang dibawa masuk bebas dari virus tersebut.

“Dalam perkara ini MBSA akan berhubung dengan Jabatan Kesihatan Daerah Petaling, kebanyakan atlet dari luar negara sudah datang awal, kita juga akan sediakan khidmat perubatan pada hari kejohanan dan jika mereka mengalami simtom-simtom kita akan mengambil tindakan sewajarnya”, jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media, Kejohanan Teakwando Antarabangsa anjuran Persatuan Teakwando Daerah Petaling dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam dan Hotel Carlton Holiday Hotel & Suites di Stadium Malawati, Shah Alam petang tadi.

Seramai 600 peserta dari Malaysia dan tujuh negara luar iaitu Australia, India, Scotland, Thailand, Sri Lanka, Indonesia dan Singapura menyertai kejohanan kali ini.

Beliau berkata, penganjuran ini juga dapat mempromosikan Selangor khususnya Bandaraya Shah Alam sebagai sebuah destinasi pelancongan yang menarik.

Presiden Persatuan Teakwando Petaling, C.K.Karan, berkata penganjuran kali ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada atlet sukan teakwando dari dalam negeri khususnya negeri Selangor untuk mendapat pengalaman bertanding di peringkat antarabangsa.

“Saya rasa sebagai seorang jurulatih satu platform atau cara kita nak realize kemampuan atlet-atlet kita dengan menganjurkan banyak program, jika tidak susah nak sukat prestasi mereka”, katanya.

Majlis perasmian bakal disempurnakan Menteri Besar pada 11 Julai 2009, 3.00 petang di Stadium Shah Alam.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan lagi acara tersebut, masuk adalah percuma. – KEMALIA OTHMAN -TV SELANGOR