Dr Halimah Teruskan Khidmat Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Ahad, 05 Julai 2009 | Ruangan: BeritaKLANG , 5 Julai - Walaupun sibuk dengan aktiviti seharian sebagai Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri, Dr. Halimah Ali, tidak pernah lupa dengan kerjayanya sebelum ini sebagai seorang doktor.
Bagi meneruskan khidmat baktinya dalam bidang perubatan, Dr Halimah pagi tadi menganjurkan khidmat pemeriksaan rawatan secara percuma di tapak pasar pagi, Telok Pulai, Klang.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan itu ditemui selepas memeriksa tekanan darah dan kandungan gula beberapa pengunjung secara percuma di tapak pasar ini.
Menurutnya lagi, perkhidmatan klinik bergerak ini telah lama dilakukan sebelum dilantik menjadi wakil rakyat.
Ditanya mengapa beliau begitu prihatin terhadap masalah kesihatan rakyat, beliau berkata sudah menjadi tanggungjawabnya untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan membantu pembangunan negeri ini.
“Menurutnya lagi,selaku exco pembangunan modal insan beliau menggunakan pendekatan dari segi Spritual, Emosi, Intelektual, ‘Physical’ dan Sosial (SPIES) untuk menjadikan Selangor negeri maju,sejahtera dan menjadi idaman semua orang untuk menetap disini.”katanya. -TV SELANGOR







