MSNS Holdings bantu atlet bola jaring Selangor

Tuesday, 07 September 2010 | Ruangan: Berita

Oleh Mohd Sahrulnizam Mohd Zain

KLANG , 7 Sept–  Kesulitan mahupun kepayahan hidup insan yang bergelar atlet mahupun jurulatih sukan seringkali terpampang di dada-dada akhbar tempatan ekoran tidak dapat meneruskan kerjaya mereka akibat faktor usia, kesihatan serta kewangan yang terbatas.

Menyedari hal itu, MSNS Holdings Sendirian Berhad baru-baru ini mengambil inisiatif mengadakan program turun padang menemui mereka yang tidak bernasib baik yang banyak berjasa serta mengharumkan nama kontinjen Selangor dalam banyak kejohanan sukan tanahair sama ada di persada tempatan mahupun antarabangsa.

Salah seorang atlet yang dimaksudkan ini ialah atlet bola jaring Selangor, Nur Aisyah Yahya, terpaksa mengakhiri kerjayanya kerana faktor usianya kini sudah mencecah 20 tahun dan tidak dapat beraksi lagi dalam mana-mana kejohanan sukan termasuk Sukan Malaysia (SUKMA).

“Saya ucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Sukan Negeri Sealngor sebab memberi bantuan ini kepada atlet-atlet yang macam saya anak yatim, jadi saya berasa sangat syukur dan gembira sebab pertama kali”.

“Saya rasa patut sebab ia dapat membantu bukan saya sahaja pertama kali, ramai lagi atlet-atlet yang memerlukan”.

Aisyah berkata demikian pada program amal sahur cahaya Ramadan 2010 anjuran MSNS Holdings yang ditemui di kediamannya di Kampung Sungai Udang, Klang baru-baru.

Selain kekangan usia, karier Aisyah semakin pudar selepas kehilangan bapanya 9 tahun lepas kerana menderita sakit urat saraf selama 2 tahun. Rentetan itu beliau hilang tempat bergantung dan menghadapi masalah kewangan bagi menampung kos pengajiannya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang Diploma Sains Sukan.

Mujur Lembaga Zakat Selangor (LZS) segera menghulurkan bantuan zakat kepada Aisyah sekeluarga yang kini mendiami rumah tinggalan arwah ayahnya yang kini berusia lebih 30 tahun.

“Syukur Alhamdulillah lagi pun makcik bangga dengan anak makcik dengan tuan-tuan dan puan-puan semua datang, bangga sangat ucap terima kasih, pertama kali dalam hidup makcik terima kamu semua datang itu saja terima kasih banyak, hati ini seronok semua datang ke sini”.

“Kepada kerajaan negeri itu prihatinlah kepada kami macam ini dan Majlis Sukan Negeri syukur Alhamdulillah, patut benda ini boleh diteruskan semua sebab atlet bukannya senang semuanya, kalau bantu macam ini rasa-rasanya kami yang setaraf macam ini bangga sangat”.