Iftar Cakna Palestin di Masjid negeri hari ini

Friday, 03 September 2010 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 3 Sept – Iftar Cakna Palestin akan diadakan di Masjid Negeri, Shah Alam bermula 5 petang ini.

Program ini dianjur bersama oleh kerajaan negeri Selangor dan Kelantan.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan bagi membantu penderitaan penduduk Paletin dengan membeli tiket berharga RM50 dan RM100.

Sementara itu esok Majlis Sahur Perdana Selangor akan diadakan di Kompleks Belia, Seksyen 7, Shah Alam.

Majlis Qiyamulail bermula jam 4 pagi.

Antara tokoh yang dijangka hadir ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,  Ketua Umum Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim,Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Orang ramai dijemput hadir.