Sultan Selangor berbuka di KD Sri Semporna
Tuesday, 24 August 2010 | Ruangan: BeritaSEMPORNA, 21 Ogos – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris
Shah hari ini berkenan berangkat ke majlis santapan berbuka puasa bersama warga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Sri Semporna, di sini.
Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Anggota Parlimen Semporna, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran yang mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Selepas berbuka, baginda yang juga merupakan Kapten Yang Dipertua TLDM, kemudian bersama warga KD Sri Semporna menunaikan solat Isyak dan solat tarawih di surau Uthman Ibnu Affan di dalam pangkalan itu.
Turut dijemput menyertai Sultan Selangor dan warga KD Sri Semporna berbuka ialah pemimpin-pemimpin masyarakat termasuk ketua-ketua kampung dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senalang dan ketua-ketua jabatan kerajaan di Semporna.- BERNAMA

