Sultan Selangor berbuka bersama rakyat di Masjid Al Faizin, Kepong

Wednesday, 18 August 2010 | Ruangan: Berita

KEPONG, 18 Ogos – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah  berkenan  berbuka puasa bersama rakyat dan menyampaikan sumbangan di Masjid Al Faizin, Kepong semalam.

Sumbangan disampaikan kepada 178 orang fakir miskin,88 anak yatim dan 100 orang saudara baru yang menetap di kawasan Gombak.

Bagi golongan fakir miskin dan saudara baru,mereka menerima  RM300 setiap seorang manakala anak yatim menerima RM100  setiap seorang.

Turut hadir  ialah Menteri Besar Tan Sri Abdul  Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud,  ADUN Gombak Setia Datuk Hasan Ali, ADUN Bukit Lanjan ,Elizabeth Wong dan Ahli Parlimen Subang,  R.Sivarasa.
.