PKNS edar bubur lambuk kepada pengunjung

Monday, 16 August 2010 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 16 Ogos  — Sempena dengan Ramadan, Perbadanan Kemajuan
Ekonomi Selangor (PKNS) hari ini membahagi-bahagikan kira-kira 650 paket bubur lambuk, kurma dan air botol kepada pengunjung di Kompleks PKNS di sini.
     Pengurus besarnya Othman Omar berkata, ini merupakan sumbangan bubur lambuk perbadanan itu kepada pengunjung di kompleks tersebut selama tujuh tahun berturut-turut.
  “Bubur lambuk ini dimasak oleh tukang masak bubur lambur untuk masjid
Kampung Baru di Kuala Lumpur yang terkenal dengan bubur lambuk Ramadannya,” kata beliau dalam kenyataan di sini.
  Pengawal Kemajuan PKNS Wilayah Utara, Noraida Mohd Yusof  berkata, tempahan bubur lambuk untuk 40 kg dibuat seawal Jun lepas untuk dibahagi-bahagikan pada setiap Isnin dan Khamis sehingga 6 September.
     Sebagai sebahagian daripada program Ramadannya, PKNS akan mengadakan jamuan berbuka puasa kepada kakitangannya serta pelajar tahfiz dan anak yatim, yang  kemudian menunaikan solat Tarawih di ibu pejabatnya di Petaling Jaya. – BERNAMA