Ling Liong Sik hadapi dua tuduhan pecah amanah skandal PKFZ
Thursday, 29 July 2010 | Ruangan: Berita
PUTRAJAYA, 29 Jul – Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, didakwa atas dua tuduhan pecah amanah berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Mahkamah Sesyen Kajang di sini sebentar tadi.
Mahkamah tetapkan sebutan kes pada 3 September depan dan bekas Presiden MCA itu dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta.
Beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

