Penduduk Seri Semarak resah

Wednesday, 28 July 2010 | Ruangan: Berita

RAWANG, 28 Jul – Penduduk apartmen Seri Semarak kini bukan sahaja berdepan dengan bahaya akibat bumbung yang tidak  mengikut spesifikasi pembinaan,malah masih menunggu beberapa bahagian bumbung yang masih belum siap proses pembinaannya.
Pembinaan bumbung di blok G sepatutnya sudah pun selesai 2 minggu yang lalu. namun, sehingga ke hari ini mereka tertanya-tanya status pembinaan di samping masalah yang menimpa di blok K masih belum  menemui penyelesaian.
Minggu lalu bahagian bumbung apartmen di blok K diterbangkan ribut selepas baru di baiki ketika  pilihan raya kecil dahulu dibawah tajaan UMNO BN.

Menurut penghuni Blok G apartmen Seri Semarak, Kamaludin Mat sehingga kini mereka masih menanti bumbung  kediaman mereka disiapkan.

“Tarikh asal untuk siapkan bumbung ni dah berlalu lebih dari dua minggu dah, tapi tak ada apa-apa notis atau kenyataan yang kami terima berkenaan kelewatan ni,” katanya. tambahannya lagi kerosakan  yang berlaku di blok K juga masih belum di atasi.

“Kami risau dengan keadaan ini, ia berkaitan keselamatan penduduk Seri Semarak. kami berharap masalah di kawasan ini menemui penyelesaian secepat mungkin,” tambahnya.

Penduduk Apartmen Seri Semarak dan sekitar kawasan Bukit Beruntung menjadi mangsa keadaan kepada kerakusan pembangunan UMNO BN.

Pada perancangan awalnya, pembukaan bandar baru Bukit Beruntung adalah sebahagian daripada projek  pembinaan lapangan terbang antarabangsa.

Bagaimanapun, pada saat-saat akhir ianya dipindahkan ke Sepang yang kini dikenali sebagai KLIA.