Seminar ‘Keluarga Bahagia’
Wednesday, 28 July 2010 | Ruangan: BeritaKELANA JAYA, 28 Jul – Sempena meraikan ulang tahun PKNS kali ke 46 pada bulan Ogos 2010, Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja (PKP) PKNS dengan kerjasama Badan Islam akan mengajurkan seminar ‘Keluarga Bahagia’.
Di antara objektif seminar tersebut adalah mendapatkan tips dan petua kebahagia rumah tangga, melahirkan keluarga bahgia dan anggota kerja yang berprestasi tinggi, dan menangani cabaran anak-anak remaja dan konflik dalam keluarga.
Penceramah jemputan terdiri daripada Ustaz Aluwi Parman (JAIS), Prof. Madya Dr. Rusinah Siroh (UNITED), dan Roslan Mohamad (UM).
Seminar berlangsung Sabtu, 7 Ogos mulai 8.30 pagi di Dewan Sri Delima, Kompleks Sukan PKNS,SS7, Kelana Jaya.

