Penduduk apartmen Seri Semarak ibarat jatuh ditimpa tangga

Friday, 23 July 2010 | Ruangan: Berita

RAWANG, 23 Jul – Ibarat jatuh ditimpa tangga, begitulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan masalah penduduk  di apartmen Seri Semarak, Bukit Beruntung di sini.

Selasa lalu,bumbung di dua blok pangsapuri ini diterbangkan ribut dan semalam mereka terpaksa bergelap apabila pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa memotong bekalan kerana bimbang boleh menjejaskan keselamatan penduduk.