Layarakyat Sekinchan dapat sambutan

Friday, 23 July 2010 | Ruangan: Berita

SEKINCHAN, 22 Jul – .Layarakyat yang berlangsung di tapak pasar malam pekan Sekinchan malam semalam   mendapat sambutan dari penduduk.

Bermula jam 7 malam , orang ramai  daripada pelbagai bangsa mengunjungi kaunter MES bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai kerajaan negeri selangor.

Turut hadir ialah  Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Sekinchan Ng Suee Lim yang  memberi ucapan agar orang ramai untuk terus menyokong usaha kerajaan negeri yang prihatin terhadap kebajikan rakyat negeri Selangor.

“Orang ramai perlu tahu usaha kerajaan negeri ini adalah untuk rakyat Selangor, dan bantuan yang diberikan kerajaan adalah bersifat menyeluruh tanpa mengira bangsa, agama ataupun fahaman politik”

Bagi penduduk rata-rata mengakui tidak mengetahui produk MES kerana tidak diberi pendedahan sebelum ini. Dan dengan adanya program  LayaRakyat ini memberi peluang kepada mereka yang layak mendapat sumbangan untuk terus membuat pendaftaran.

Setakat  ini, siri jelajah LayaRakyat telah memulakan program itu di pasar malam Sungai Besar  pada 6 Julai lalu , pasar malam pekan Sekinchan dan akan meneruskan membuka kaunter MES di sekitar pasar malam daerah Sabak Bernam sehingga 24 Julai ini.