Dua penjenayah ditembak mati di Kampung Melayu Subang
Friday, 23 July 2010 | Ruangan: BeritaPETALING JAYA, 22 Jul – Dua lelaki seorang daripadanya rakyat tempatan ditembak mati selepas cuba menyerang polis dengan menggunakan parang dan pistol ketika mereka cuba menyamun sebuah rumah di Kampung Orked, dekat
Kampung Melayu Subang di sini malam ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor, ACP Omar Mamah berkata sebelum insiden itu pada kira-kira jam 9 malam dua lelaki berkenaan bersama dua lagi rakan mereka disyaki cuba menyamun sebuah banglo milik seorang pesara TNB.
Beliau berkata salah seorang suspek yang ditembak mati berasal dari Jalan Klang Lama manakala seorang lagi belum dikenali identiti kerana tiada dokumen pengenalan diri bersamanya. – BERNAMA

