85 terima bantuan peralatan ‘blueprint’ Pembasmi Kemiskinan
Tuesday, 20 July 2010 | Ruangan: BeritaSHAH ALAM, 20 Jul – Seramai 85 orang hari ini menerima bantuan peralatan ‘blueprint’ Pembasmian Kemiskinan bagi daerah Klang dan Petaling.
Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr A Xavier Jayakumar di Hotel Quality di sini.
Bantuan membabitkan 41 orang bagi daerah Klang dan 44 orang bagi daerah Petaling.
Bantuan membabitkan peralatan perniagaan bagi meningkatkan hasil dan produktiviti dan meningkatkan pendapatan peserta.
Pada tahun 2010 seramai 244 orang telah dilulus untuk menerima bantuan.
Selain daerah Klang dan Petaling, ia turut membabitkan daerah Kuala Selangor (10 orang), Hulu Langat (42), Sepang (28), Hulu Selangor (30) dan Kuala Langat (49).

