Taklimat KSSB, lawatan tapak lombong pasir bersama media Sabtu ini
Tuesday, 20 July 2010 | Ruangan: BeritaSHAH ALAM, 20 Jul – Syarikat milik penuh kerajaan Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) akan mengadakan taklimat kepada pihak media mengenai industri perlombongan pasir di Selangor pada Sabtu, 24 Julai ini.
Program sehari ini bertujuan mendedahkan media secara lebih mendalam industri pasir di Selangor termasuk mengadakan lawatan ke tapak perlombongan pasir.
Demikian menurut Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Arfa’eza Abdul Aziz.

