Tembak remaja: Polis rakam keterangan saksi utama
Wednesday, 28 April 2010 | Ruangan: BeritaSHAH ALAM, 28 Apr – Polis akan merakamkan petang ini keterangan saksi utama dalam kes remaja 15 tahun ditembak mati oleh polis awal pagi Isnin lalu. Saksi tersebut yang dilaporkan berada bersama mangsa – Aminulrasyid Amzah – semasa kejadian tersebut, akan memberi keterangan di ibu pejabat polis kontinjen Selangor, di Seksyen 9 di sini. Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili saksi tersebut, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Ketika menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS, Gobind memberitahu beliau akan mengiringi anak guamnya itu untuk memberi keterangan pada jam 3 petang ini.Sementara itu pimpinan DAP termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng mengunjungi rumah mangsa, jam 12 tengah hari tadi.- MALAYSIAKINI.

