15 mangsa ribut terima bantuan kerajaan negeri

Thursday, 11 March 2010 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 10 Mac – Kerajaan Negeri Selangor akan membantu kesemua 15 keluarga mangsa rebut di Ampang baru-baru ini.
Demikian menurut Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr A Xavier Jayakumar.
Dr Xavier semalam meluangkan masa melawat rumah mangsa yang sebahagian besar  rosak. Dalam kejadian pada 3 Mac lalu.
Dr Xavier bercadang membawa kes salah seorang mangsa A Dhevenran  ke peringkat atasan berikutan mangsa tidak mampu membayar  premium tanah lantaran dihimpit kemiskinan.
Beliau berjanji untuk mencari jalan bagi meringankan beban  Dhevenran bagi memudahkannya membayar premium RM20,000.
Dr Xavier turut menyampaikan bantuan makanan dan sejumlah wang ehsan kepada semua mangsa lain.
Turut melawat ialah ADUN Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz Khasim dan Ahli Parliman Ampang Zuraida Kamarudin.