Kerajaan negeri anjur Ujian Hafazan Al-Quran
Wednesday, 10 March 2010 | Ruangan: BeritaSHAH ALAM, 10 Mac – Kerajaan Negeri Selangor mengadakan Ujian Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri selama empat hari bermula malam semalam di Auditorium MBSA di sini.
Seramai 46 peserta lelaki dan wanita mengambil bahagian dalam pertandingan yang menggunakan format baru iaitu pertambahan juzuk.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hadir merasmikan majlis.
Dalam ucapannya beliau berharap peratndingan itu dapat melahirkan lebih ramai huffaz dan kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha itu.
“Selain terdapat dua maahad Tahfiz yang ditubuhkan dan diselia kerajaan negeri, saya diberitahu terdapat sebilangan lagi sekolah swasta yang turut berusaha untuk melahirkan para huffaz dalam kalangan rakyat di Selangor. Ia menunjukkan perkembangan yang sihat bahkan merupakan usaha yang amat mulia di sisi agama Islam. Kerajaan negeri memang menyokong dan sedia memberi bantuan,” kata Khalid.

