Maklumat trafik bagi laluan Larian Bandar Diraja

Wednesday, 10 March 2010 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 10 Mac – Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Karnival Sungai Klang 2010 selama dua hari pada 13 dan 14 Mac ini (Sabtu dan Ahad) bertempat di Taman Pengkalan Batu, Klang. Ia adalah salah satu acara bagi ulang tahun kedua Pakatan Rakyat memerintah Selangor.
Sultan Selangor, Tuanku Sultan Sarafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli untuk berangkat bagi melepaskan peserta Larian Bandar Diraja yang dijangka disertai kira-kira 5,000 peserta pada 13 Mac.
Bagi laluan Larian Bandar DiRaja Saabtu ini, Jalan Tengku Kelana dan Jalan Musa Iddin akan ditutup mulai 7 pagi hingga 10 pagi; manakala jalan lain akan ditutup secara berperingkat, antaranya:
a.         Pengkalan Batu
b.         Jalan Tepi Sungai
c.         Jalan Sg Bertik
d.         Jalan Teluk Pulai
e.         Jalan Raya Barat
f.          Jalan Perbandaran
g.         Persiaran Kota
h.         Bulatan Simpang lima tetapi Belok kanan masuk Tengku Kelana
i.          Jalan Pasar
j.          Penamat Balik Pengkalan Batu
Untuk kenderaan dari arah Kampung Jawa ke arah Pusat Bandar Klang dinasihatkan supaya melalui Jalan Istana dan masuk Bulatan Simpang Lima seterusnya ikut Persiaran Kota dan Jambatan Kota 2.
Manakala bagi kenderaan dari arah Persiaran Tengku Ampuan Rahimah dan Persiaran Raja Muda Musaadalah dilarang ke Jalan Tengku Kelana.