Aedes: MBSA periksa 8,000 premis, 364 dikompaun

Wednesday, 10 March 2010 | Ruangan: Berita

nyamukSHAH ALAM 10 Mac -  Tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik premis yang didapati membiak nyamuk aedes.
Sebanyak   364 premis positif pembiakan nyamuk aedes sejak awal tahun ini dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengeluarkan kompaun terhadap  rumah kediaman, rumah kedai, kilang dan sekolah terbabit.
Demikian menurut Pegawai Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad.

Menurut beliau, antara aktiviti pencegahan yang dijalankan adalah semburan ‘forging’ dan mengedarkan ubat mencegah pembiakan nyamuk aedes.

“Dari segi aktiviti pencegahan dan aktiviti pemeriksaan, MBSA telah memeriksa 8,000 premis,” katanya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai untuk  mencegah pembiakan aedes dengan memeriksa tempat yang berpontesi pembiakan nyamuk itu seminggu sekali selama 10 minit.

“Kita sedang menggiatkan program gotong- royong bersama penduduk sekitar Shah Alam. Minggu lepas sahaja ada beberapa aktiviti gotong royong di Taman Sri Muda dan Seksyen 18,” katanya.