Mahkamah sahkan pemecatan Anwar

Monday, 08 March 2010 | Ruangan: Berita

anuar-mPUTRAJAYA, 8 Mac – Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada 2 September 1998 adalah sah.

Keputusan itu dicapai sebulat suara oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff berkata Yang di-Pertuan Agong, sebagai monarki raja berpelembagaan akan bertindak atas nasihat perdana menteri dan kabinet bagi membatalkan pelantikan berkenaan.

Menurut Alauddin, hakim tidak sangsi bahawa perdana menteri telah menasihatkan yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan pelantikan Anwar.