Litrak perkenal laluan kontrak di LDP Puchong
Wednesday, 03 March 2010 | Ruangan: BeritaKUALA LUMPUR, 3 Mac – Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) akan memperkenalkan skim trafik laluan kontra menghala ke Selatan menuju Putrajaya antara Plaza Tol Petaling Jaya Selatan dan Bandar Puchong Jaya di Lebuhraya Damansara-Puchong bermula Isnin depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Litrak Sazally Saidi berkata objektif utama projek itu adalah untuk mengatasi masalah kesesakan di Puchong terutama ketika waktu puncak antara 4.30 petang hingga 8.30 malam.
“Laluan kontra itu akan dikuatkuasakan bermula Isnin depan dari 4.30 petang hingga 8.30 malam kecuali pada hari kelepasan am,” katanya kepada pemberita di Kompleks Operasi Litrak di sini hari ini.
Sazally berkata polis trafik akan bekerjasama dengan Litrak untuk mengelola skim trafik baru itu — yang pertama diperkenalkan di Puchong.
Sementara itu, beliau berkata laluan trafik utama ke Selatan di Bandar Puchong Jaya mengalami peningkatan ketara dari 2,000 kenderaan setiap jam pada 1999 ke 10,500 kenderaan setiap jam, pada akhir 2009. – BERNAMA



