MB gesa rakyat pertingkat kemahiran teknologi tinggi

Sunday, 28 February 2010 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 28 Feb – Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta rakyat negeri ini mempertingkatkan kemahiran dan penggunaan teknologi terkini dalam memastikan kehijauan negara dapat dikekalkan untuk generasi masa depan.

Beliau berkata teknologi terkini yang tidak menggunakan kuasa tenaga elektrik yang banyak dapat menerapkan amalan jimat cermat di kalangan rakyat.

“Ini adalah satu contoh teknologi yang menggunakan LAD bererti teknologi yang menggunakan teknologi yang menggunakan lampu-lampu yang tidak memggunakan kuasa tenaga yang banyak,” kata Abdul Khalid.

Pada masa ini, negara bergantung pada sumber gas dan arang batu untuk membekalkan lebih 90 peratus keperluan elektrik negara.

Sedangkan, kebergantungan itu menyebabkan kekangan bekalan, malah  harganya tidak menentu dan bakal menjejaskan penyediaan bekalan elektrik negara dalam jangka panjang.

Sumber-sumber alternatif perlu diteroka bagi mengurangkan kebergantungan kepada gas dan arang batu termasuk penggunaan teknologi hijau dan nuklear.

“Dengan menggunakan teknologi baru ini, Selangor dapat megurangkan penggunaan elektrik sekali gus membawa amalan berjimat di kalangan masyarakat di samping mempertahankan dunia ini bahawa akan menjalankan semua usahanya ke arah kehijauan negara atau pun ke arah teknologi hijau,” kata Abdul Khalid.