Kerajaan Negeri Anjur forum ‘Implikasi GST Kepada Rakyat’
Sunday, 21 February 2010 | Ruangan: Berita, EXCOKerajaan negeri Selangor mengalu- alukan kehadiran orang awam ke forum implikasi cukai perkhidmatan dan barangan [GST] kepada rakyat 24 Februari ini di Auditorium MBSA Shah Alam.
Acara yang dijadul bermula jam 8 malam ini akan memperinci dan menganalisa implikasi yang terpaksa dihadapi rakyat akibat perlaksanaan cukai yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap pasaran tempatan, khususnya kehidupan rakyat secara umum.
Antara ahli panel yang bakal mencanai minda di forum ini ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad dan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat, Mohd Rafizi Ramli.



