Konspirasi 2 : Perbicaraan DSAI ditangguh esok
Tuesday, 09 February 2010 | Ruangan: BeritaKUALA LUMPUR, 9 Feb. – Perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguh esok bagi membolehkan peguam bela beliau menyiapkan hujah balas terhadap affidavit Ketua Pendakwaraya bersabit permohonan untuk hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri.
Semalam Karpal menfailkan permohonan supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada kes berkenaan kerana membuat dua keputusan yang dilihat tidak berpaksi kepada undang-undang.
Dua keputusan itu adalah mengenai laporan Utusan Malaysia yang tidak berasaskan keterangan yang diberi di mahkamah, tetapi direka-cipta untuk mengaibkan Anwar, menurut peguam mantan Timbalan Perdana Menteri itu.
Walaupun bersetuju laporan itu bersifat nakal, Hakim Mohamad Zabidin enggan mengenakan sebarang tindakan terhadap akhbar kawalan Umno itu.
Anwar berkata tindakan hakim berkenaan mendedahkan beliau kepada risiko menjadi mangsa pengadilan yang tidak mengguna- pakai prinsip undang- undang asas.
Karpal hari ini menerima affidavit daripada Ketua Pendakwaraya Datuk Yusuf Zainal Abidin dan meminta sehingga esok untuk menyiapkan hujah balas.
Anwar menghadapi pertuduhan liwat yang disifatkan konspirasi kali kedua untuk mengaibkan beliau dengan tujuan memintas kemaraan Pakatan Rakyat dan sekali gus membunuh kerjaya politik Anwar.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu telah menamakan Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor sebagai dalang di sebalik pertuduhan fitnah itu.
Kedua-dua mereka didakwa bertemu dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan sebelum beliau membuat pertuduhan itu walaupun lapora
Kedua-dua mereka didakwa bertemu dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan sebelum beliau membuat pertuduhan itu walaupun laporan hospital mengatakan tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful mangsa liwat.



