YBK:Selangor puji polis siasat
Selasa, 09 Februari 2010 | Ruangan: BeritaSHAH ALAM, 8 Feb- Kerajaan negeri mengalu-alukan langkah polis menyiasat isu tanah diperuntukkan kepada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah oleh kerajaan negeri.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata siasatan berkenaan akan dapat menerangkan bagaimana proses transaksi berlaku dan tanah diberikan kepada yayasan itu.
Beliau mendakwa pemindahan tanah di bawah kerajaan negeri selama ini tidak telus dan sering dikaitkan dengan spekulasi salah guna kuasa dan kronisme.
“Kerajaan negeri sedia membantu siasatan dan menjelaskan kerumitan transaksi serta perolehan aset. Meskipun YBK sudah mend







