Konspirasi 2: Perbicaraan Beralih Lagi Ke Kondominium Desa Damansara
Jumaat, 05 Februari 2010 | Ruangan: BeritaBukit Damansara - Dalam pada itu, Perbicaraan hari ini sekali lagi beralih ke di Kondominium Desa Damansara.
Lawatan rombongan mahkamah kali ini adalah untuk meninjau lokasi kamera litar tertutup yang merakamkan orang yang keluar masuk kondominium mewah itu.
Tepat jam 12 tengahari, tujuh buah kereta dan dua buah van Polis tiba membawa rombongan barisan pendakwaraya yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal AbidinDatuk, Hakim, Datuk mohamad Zabidin Mohd Diah dan pengadu, Saiful Bukhari Azlan.
Sejurus kemudian, Anwar dan barisan peguamnya tiba ke lokasi disusuli ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh bagi meneliti lokasi kamera litar tertutup (CCTV) yang dijadikan bukti oleh pihak pendakwaraya.
Kawasan pondok pengawal dan laluan masuk ke kodominium berkenaan diawasi puluhan anggota polis termasuk Unit Cawangan Khas.
Lawatan yang dipohon pihak pembelaan itu mengambil masa kira-kira 30 minit.
Kira-kira pukul 12.45 tengahari, Hakim Zadibin meninggalkan lokasi disusuli oleh anggota rombongan lain. –Yusmawati Mhd Yusof







